Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan penerbangan sewa khas ke Sibu, Sarawak bagi memudahkan 134 guru yang bertugas di Johor untuk pulang ke kampung halaman meraikan Tahun Baharu Cina.<br /><br />Inisiatif itu diambil selepas tiket penerbangan habis terjual sempena musim perayaan ini.<br /><br />Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkongsikan kegembiraan guru, yang akhirnya dapat pulang ke kampung masing-masing.
